Utama

Saturday 5 November 2011

Katanya Dirimu seorang Pejuang

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Alhamdulillah dapat jua mencari masa setelah lama tidak bersua dan menulis diruangan  ini, al-maklum exam fever melanda diri. Kini perjuangan juga turut merasa kesepiaan, maklumlah semuanya telah fokus kepada final exam, tetapi dalam pada masa itu jua ,jangan lupa perjuangan pada diri sendiri pula harus terus berjuang tanpa henti, ingat jiwa dan hati kita jua perlu untuk dijenguk-jenguk dan ditanyakan apa khabarnya hari ini. Iman perlu terus seiringgan dengan sedutan nafas yang diberikan secara percuma kepada kita. Dalam pada itu, jadilah mahasiswa yang bukan sahaja hatinya dan tindakannya bersifat pejuang, malahan akademik jua selaras dengan pencapaian yang cemerlang. 
Cuma pada kali ini rasanya tidak banyak yang ingin dicoretkan pada ruangan ini, bagi ku cukuplah untuk kita bersama-sama bermuhasabah diri dengan serendah-rendahnya jiwa hamba, kerana selepas kita semua melalui final exam, cuti pula menjelma dan masing-masing pulang ke kampung halaman, tidak kurang jua yang masih sibuk dengan aktiviti pejuangnya...Mari renungkan................
Katanya kau seorang pejuang, tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dulu…
Katanya kau seorang pejuang, tapi cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulnya..
Katanya kau seorang pejuang, tapi kau sibuk update isu semasa berbanding alquran 1juzuk sehari..
Katanya kau seorang pejuang, tapi kau sering beralasan untuk berdakwah dan berjihad….
Katanya kau seorang pejuang, tapi kau masih ada karat jahiliyah di hatimu…
Katanya kau seorang pejuang, tapi mutabaah ibadahmu amat meyedihkan…
Katanya kau seorang pejuang, tapi kau sering meniggalkan qiamullail berbanding mengamalkanya…
Katanya kau seorang pejuang, tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah..
Katanya kau seorang pejuang, namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih…
Katanya kau seorang pejuang, namun kau masih seperti dahulu
Katanya kau seorang pejuang…..




Marilah bersama-sama wahai sahabatku sekalian mari bersama bermuhasabah diri, moga pertemuan kita di semester akan datang semua membawa jiwa-jiwa pejuang yang lebih mantap dan penuh dengan kemantapan syahsiah terpuji. Mari jua menilai arah perjuangan yang selama ini kita perjuangkan bersama di kampus kita yang tercinta ini, moga terus mantap....Peringatan jua pada diri ku yang lemah lagi daif ini...