Utama

Friday 14 September 2012

Bila Kerinduan Berlagu Sayu

Bismillah Ya Rahman Ya Rahim

Rasanya telah lama kaku dan diam membisu tanpa kata-kata serta pena yang pegun, Asbab hari ini hati terpanggil-panggil pada satu panggilan kerinduan yang sayu. Benar hati anak diperantauan itu sentiasa berlagu sayu beriramakan kerinduan....Alhamdulillah kerinduan itu sangat akrab dan peneman setia dalam sanubariku....

Entahlah sejak balik bercuti raya nie topik-topik perbualan dengan sahabat seperjuangan dan sekuliah agak sayu sahaja, malah tidak akan lari dari topik rindu mak, ayah dan family..  Rasanya setiap masa tidak ingin berenggang dengan mereka, apa tidaknya asyik "call" mak n ayah je...Ermmmmmmmm rindulah tu......
Dari jauh hanya ingatan setulus ikhlas dan bibir tidak akan jemu terkumat-kamit mendoakan mak dan ayah moga sentiasa dalam redha-Nya, Ya Allah terima kasih atas kurniaan kasih sayang ini.

Lantaran itu, teringat diri pada Kalam-Nya " Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendahlah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang dia antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu " ( Surah Al-Isra' ayat 23). Indahkan Kalam-Nya telah menjelaskan pada kita betapa tanggungjawab kita terhadap mak dan ayah itu tersangat besar dan penuh dengan hikmah yang hanya Allah yang tahu disebaliknya. 

Malahan Rasulullah SAW memberi peringatan pada kita dalam ketegasan di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.”(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).

Benar dan tersangat benar sabda baginda SAW, kini bila kita melihat dada-dada akhbar ada sahaja anak yang melupakan orang tua mereka, tidakkah mereka sedar atau butakan mata atau telah hitamkah hati itu sanggup memperlakukan insan yang mulia ini sedemikian rupa tanpa secebis kasih sayang dihati. Tidakkan sayu melihat wajah insan mulia ini yang kian dimamah usia, longlailah langkahnya asbab usianya. Ya Allah....Ya Allah sayatnya hati melihat insan semulia ini diperlakukan sedemikian. Diri berbicara bukan hanya bermonolog sahaja, ya benar diri faham dengan kes-kes masyarakat di luar sana berkaitan family yang indah pada nama tapi pada hakikatnya bagai ombak mengempas pantai. Asbab dari itu diri menghargai anugerah kasih sayang yang tak dapat digambarkan. Buat yang mengalami ombak dalam family, yakinlah pada doa dan munajat pada-Nya yang tak putus-putus insyahAllah pelangi akan muncul mewarnai kehidupan.

Ingatlah wahai diri bahawa berkhidmat kepada mak ayah adalah sesuatu yang indah, seindah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Reda  (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani). Indahnya hidup dengan limpahan kasih sayang insan mulia ini. Tapai ingin ku kisahkan sesuatu peristiwa di zaman Rasulullah SAW yang kita cintai. Al-kisah disuatu hari Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki tua, maka terjadilah dialog antara Rasulullah SAW dengan lelaki tua itu hinggakan baginda SAW menitiskan air mata mendengar pengaduan lelaki tua itu. Iaitu lelaki tua itu meluahkan pada baginda SAW " Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik sebaiknya tetapi setelah dewasa dia telah menzalimiku" Lantas lelaki tua itu meluahkan kesedihannya pada bait-bait syairnya yang memilukan :

“Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.
“Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.
“Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.
“Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.
“Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan.”
Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu.” (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054).
Semoga al-kisah ini menjadi ikhtibar dan peringatan pada pemilik blog ini dan sahabat sekalian, betapa insan mulia ini adalah permata yang tiada ternilai harganya, tidakkan kita mampu membalas segala pergorbanan mereka walhal dengan harta sekalipun, lantaran itu marilah kita menjadi anak yang berbakti pada kedua orang tua kita....Mak ayah kandung hanya satu di dunia tiada dua,tiga dan yang lain.
* Segala pengisian dalam blog ini adalah dari usrah empunya blog, diadaptasikan sebagai perkongsian bersama.