Utama

Sunday 31 July 2011

Muhasabah diri

Dalam kerinduan pada cinta Agung, hati merintih dan menangis mencari kepastiaan dan makna hidup ini diciptakan sebagai diri hamba, benar kita adalah hamba yang sentiasa menambah cinta-Nya..Tapi, layakkah diri kita jika hanya berazam tanpa diselusuri dengan amalan....Mari kita bermuhasabah sebantar, mari memperingati sang Khaliq setelah kita terlupa seketika dek kesibukkan dunia yang pana ini.. Kerana kebahagiaan mukmin adalah cinta kepada Allah dan cinta kerana Allah merupakan kebahgiaan yang menpunyai nilai serta pengertian yang mengasyikkan, lihatlah bila kita selusuri kehidupan para sahabat Baginda S.A.W dan pejuang-pejuang Islam, mereka sanggup mengadai nyawa, harta dan jiwa demi cinta Agung.. Mampukah kita menjadi sebahagian daripadanya...?????????
Tersentap dan terkesan hati dan iman kita pada Qalam Illahi berbicara "aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU" Az-Zariyat:56
Marilah kita bersama update kembali keadaan hati dan iman kita, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini...

Sesunguhnya pergantungan kita terhadap Allah amatlah akrab ,sesuai dengan alinan tasbih yang bermaksud, "Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain meliankan Allah, Allah yang maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"... Mari bersama membimbing hati agar jelas dalam matlamat kita diciptakan di muka bumi ini...

No comments:

Post a Comment