Utama

Sunday 21 August 2011

Minda Sedar dan Bawah Sedar


 Bismillahi..walhamdulillah

Terasa beruntungnya diri kita masih diberi kekuatan dalam mengayuh dan mengatur langkah kaki kita di muka bumi ini, dengan nikmat-Nya yang melimpah... Pernahkah kita terfikir sesaat, seminit,sejam, atau sejenak tentang kehebatan minda kita... Mari kita selusuri anugerah yang tidak terluah bak kata-kata ini...


Kita secara umumnya memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda bawah sedar (otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila kita berhadapan dengan berbagai pilihan atau masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan membuat keputusan untuk memilih atau menyelesaikan masalah tersebut, bukannya minda bawah sedar. Namun dengan latihan tertentu kita boleh mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh minda sedar boleh dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi dari minda bawah sedar.
Sekiranya kita tidak memberikan minda bawah sedar sebarang matlamat untuk dicapai atau masalah untuk diselesaikan, ia tidak akan berkerja untuk kita. Akan tetapi, sekiranya kita memberikan matlamat yang khusus atau objektif yang konkrit untuk dicapai maka ia akan berkeja bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Dalam masyarakat kita  permohonan ataupun doa sudah menjadi perkara lazim dan berlaku secara automatik. Permohonan dan doa ini jarang kita cuba untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanannya. Kita cuma melakukan dengan cara kita sendiri dan bersifat naluriah.
Tetapi bagi mereka yang kuat menjalankan ibadah mereka mencukupkan diri dengan doa di dalam sembahyangnya. Atau mereka menjalankan sembahyang hajat atau tahajjud dengan niat yang khusus untuk sesuatu hajat. Dengan pemusatan yang baik dan khusyuk, maka nilai getaran doa akan lebih tinggi dan nilai sembahyang pun akan meningkat disebabkan oleh pemusatan/khusyuk/konsentrasi itulah sebenarnya rahsia yang utama. Apalagi menghadapkan diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati, jiwa dan rasa kesungguhan, tentulah solat kita akan menjadi lebih tajam dan mantap.
Sepertimana bongkah ais yang kelihatan timbul gagah dipermukaan laut namun sedarkah kita dibawahnya  adalah lebih hebat dan besar lagi sehingga dapat menenggelamkan sebuah kapal persiaran terbesar yang dikatakan tercipta untuk tidak akan karam (unsinkable).  Begitulah diumpamakan minda bawah sedar kita, malah ciptaan Allah S.W.T ini lebih hebat lagi..Subhanallah.

Perkongsiaan bersama....

No comments:

Post a Comment