Utama

Friday 16 September 2011

Mampukah aku???

Bismilla...Ar-Rahman..Ar-Rahim

Dikeheningan malam ini aku mencari dan tercari sesuatu jawapan yang pasti..entah mengapa sukarnya untuk aku merungkaikan segalanya..benak ku terasa cukup sarat dengan semuanya..Oh Tuhanku, apalah daya ku si hamba mu yang kerdil ini..Nak diluah tapi keluh lidah memulakan bicara hanya kesayuan menjadi jawapannya, tanpa disedari jatuh jua titisan embun ke muka bumi ini tanpa ku sedari..Ya Allah kuatkan diri ku dalam semua ini..

Wahai hati kuat lah,wahai jiwa tabahlah, wahai diri sabarlah, Ya Allah tak tertanggung rasanya diri hamba ini memikul tanggungjawab dan amanah yang besar ini, terasa sayunya jiwa kala ini...Ingin ku teriak pada alam menyatakan apa yang ku rasa tetapi ia tertahan pada sebuah  sabda Rasulullah s.a.w  " Ajaib bagi orang mukmin kerana bila senang dia bersyukur, lalu diberi pahala,bila susah dia sabar lalu diberi pahala, dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan..." Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...rayu ku

Mampukah diri hamba ini, memikul semua ini, dalam tamsilan diri hamba juga kekurangan ilmu, astagfirullah..astagfirullah..ampunkan diri hamba ini Ya Tuhan.. aku adalah insan kerdil yang jua mencari ilmu Mu yang amat luas dimuka bumi ini, tabahkanlah diri hamba ini, tanggungjawab ini dipikulkan kepada diri hamba dan diberi amanah ini kepada diri hamba, wahai murabbi-murabbi  dan sahibah-sahibahku kepercayaan kalian kepada ku sungguh mulus dan tulus, tetapi mampukah diri hamba ini dalam melaksanakannya, Ya Allah dalam sujudku ku mengadu pada-Mu bantulah diri hamba ini dalam melaksanakan amanah ini, hajat doanya sungguh-sungguh. 

Ketika diri meluahkan hal ini kepada seorang murabbi ku lalu ia menenangkan dan menghiburkan diri ku dengan kalam-Nya yang berbunyi "nescaya tidak ada kekhuwatiran atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (7:38).." Sebaknya dalam diri hamba ini saat murabbi mengalunkan kalam-Nya, 

Teringat di kala dulu bersama sahabat seperjuangan kami berkejar ke sana dan kemari tanpa sedikit pun keluhan dibibir dalam menghadiri majlis ilmu lebih-lebih lagi dalam memahami kitab Bulughul Marham  dan kitab-kitab yang lain dikaji dan difahami dalam setiap sudut hinggakan murabbi tersenyum kegembiraan, belum lagi berkisahkan usrah tarbiyyah yang diterapkan dalam diri kami semua tanpa jemu para murabbi memberikan dan melatih diri kami, kerana pesan murabbi moga selepas mereka tetap ada generasi yang akan menyambung tali perjuangan yang suci ini,ditambah lagi dengan qiammullail yang tidak pernah jemu-jemu dilakukan bersama dengan murabbi tercinta dan sahabat seperjuangan..Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui betapa aku rindu kan semuanya itu, lebih-lebih lagi bila diri diperantuan.

                     Solat itu tiang agama

Tapi, bila berada diperantauan ini juga para murabbi tetap tidak pernah jemu beri peringatan dan nasihat serta bimbingan, begitu jua sahabat seperjuangan, Ya Allah terima kasih atas segala pemberiaan Mu ini, terasa sayu dan kerinduan yang teramat sangat pada kalian semua, teringat pesanan murabbi  minggu lepas ketika berbual dalam talian ada memetik kata-kata dari seorang pejuang Adeen ini bernama " Sheikh Mustapa Masyhur " berbunyi " Sesungguhnya seorang muslim itu apabila berjalan dijalan dakwah dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, tetapi dia jua membawa bersama hati saudaranya, agar setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya akan terbias untuk saudara seperjuangannya". Cukup terkesan dengan nasihatnya yang penuh hikmah..

Mampukah diri hamba jua sehebat sahabat sepejuangan yang lain dalam perjuangan yang suci ini, berlari tanpa rasa takut, berjalan dengan tamsilan tawaduk, berakhlak seindah syahsiah muslim dan seindah akhlak baginda s.a.w, berbicara penuh hikmah dalam menghidupkan jiwa hamba,...mampukah diri hamba? mampukah diri hamba ???  Teringat aku dalam sebuah buku bertajuk " La Tahzan " karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni berkata " Hiduplah dengan kehidupan sebagaimana hidupnya kehidupan itu sendiri dengan kebahagian dan kerelaan yang membuat anda selalu hidup gembira "
 

Nukilan ini ku coretkan buat sahabat seperjuangan yang baru memasuki alam universiti dan bergelak mahasiswa/si dan sahabat yang diperantauan duhai sahabat moga tegar  dalam perjuangan dan sentiasa kekal dalam tarbiyyah... Teristimewa buat para murabbi yang sentiasa dalam ingatan moga sentiasa dalam rahmat-Nya...

No comments:

Post a Comment